Followers

Tuesday, November 17, 2015

Hujung tahun dan Musim Nametag pun Bermula

Entri: #144
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Safar 5, 1437H
(17 November 2015)

Salam kasih sayang.

Sekejap sahaja musim berlalu. Terasa pekerjaan menyulam nametag ini tidak pernah selesai.
Sekarang musim bakal berganti.
Putaran tempahan nametag rumi mahu pun jawi kembali lagi dari pihak sekolah-sekolah.



Alhamdulillah atas nikmat rezeki.
Moga-moga cik azue mampu bertahan dan melupakan kisah episod kesakitan demi mencari rezeki serta memenuhi hajat para pelanggan yang dikasihi.

Terima kasih kerana memanjangkan rezeki kami melalui tempahan yang dibuat.

Hari ini kita mulakan dengan aktiviti sulam tanda nama di petang hari.

Berjujuh nama sudah berbaris. Rumi mahu pun Jawi.

Buat kawan-kawan geng sulam, bersiap siagalah, cik azur bakal memetik nama kalian bila tiba saat itu nanti.

Doakan moga Rezeki Allah buat kita diturunkan bersama Keberkatan agar kita beroleh Keredhaan dalam mencari Cinta Ilahi dan Cinta Rasul Junjungan.

Hingga itu, maafkan cik azue, doakan cik azue.

Wasalam.

*Nota kaki: Kalian yang berhajat untuk menempah bolehlah hubungi cik azue melalui applikasi whatsapp ke nombor 013-2700020*
posted from Bloggeroid

Monday, November 16, 2015

Bila diri teruji dan diuji

Entri: #143
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Safar 5, 1437H
(16 November 2015)

Salam kasih sayang buat kalian yang masih sudi bertandang.

Alhamdulillah, atas kesempatan bernyawa di bumi ini.

Terima kasih atas ingatan.

Cik azue tidak ke mana. Alhamdulillah dicabar ujian bencana badan.

Bermula Julai 2015 hingga kini dan Alhamdulillah semakin pulih, Bi iznillah.





Gambar di atas bertarikh 3 Julai 2015. Ramadhan yang sangat menguji keimanan diri dan keluarga.

Sungguh tidak menyangka, tarikh itu menjadi titik bermula.
Sungguh tidak menyangka ia memaksa diri menjadi hidup seperti 'zombi'.

Sakit umpama diri ditoreh belati hidup-hidup. Sakit umpama melalui lagi sekali fasa kelahiran anakanda Megat Hazim, 10 tahun yang lalu.
Sakit bila mana ubat bius ketika operasi pembedahan 'C-zer' tidak berfungsi.





Ogos 2015, kembali menghuni katil hospital.
Terapi ubatan mula diaktif. Cara ambilan pil penahan sakit mula dirombak.

Syukur Allah beri rasa sakit ini.
Syukur Allah hisab ketika hidup ini.
Sekurangnya masih ada insan buat mengadu rasa.

Tentu kalian tertanya, kenapakah cik azue?



Alhamdulillah cik azue hanya disahkan hadapi 'Adenomyosis' dan 'Endometriosis' dengan endometrioma bersaiz 4cm.
3 benda macam sama tapi tak serupa pada satu masa dan ketika.

Alhamdulillah. Jika itu takdir Ilahi, siapa kita untuk menghalanginya.

Sampai sini dulu.
Esok-esok cik azue sambung lagi.
Pening pula kepala ini.

Maafkan cik azue, doakan cik azue, terima kasih.

Wasalam
posted from Bloggeroid

Sunday, November 15, 2015

Thursday, November 12, 2015

Rindu Cik Azue Tak?

Entri: # 142
Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Muharram 30, 1437H
(11 Oktober 2015)


Oh lamanya cik azue bertapa.
Apa khabar kalian.
Terima kasih sudi bertandang.

Minta maaf lama menyepi.
Minta maaf dek diri dilanda ujian bencana badan.
Moga-moga hari mendatang lebih memberi makna.

Maafkan cik azue, doakan cik azue.

Wasalam