Followers

Monday, October 2, 2017

Bento, Bentuk, Bun dan Buruk

Entri: #209
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

Assalamualaikum dan salam kasih sayang buat kesayangan semua.

Kah! Kah! Kah!
Kemain tajuk entri hari ini. Maaf lah, cik azue sedikit kecewa hari ini.

Awal pagi, Megat Muhammad Haziq (sang putera kedua) siapkan sendiri bentonya. Cik azue masak dan dia hias sendiri ikut kreativiti dia. Kemudian dia pinjam telefon pintar cik azue dan ambil gambar sendiri.



Lewat tengahari, cik azue uli donut pula. Biasalah, anakanda berdua cuti sekolah agama dek peperiksaan PSRA. Pasti lapar hingga tak sempat nak kata apa jadinya.

Dalam tengah terap adunan, ada permintaan untuk buat roti sosej. Baiklah, ambil sikit doh dan kita buatkan lah.

Donut tu dapatlah kita jadikan separuh untuk sejukbeku untuk esok hari. Namun roti sosejku itu, huwaa, ya cik azue tahu, cik azue guna doh donut saja.





Hahaha, makan sajalah anakanda, esok ibu buat lagilah nampak gayanya.

Gagal untuk siap sedia roti sebagai bekalan makanan ke sekolah esok.

Sekian.

posted from Bloggeroid

2 comments:

OKje said...

Salam kenal Azue....
Wah nampaknya sama kreatif mcm maknya jugak hihi...
Saya tengok cantik je roti sosej tu ...apa yg sedih sangat tu? Keras ek?

Kuazue Mohamad said...

Sedih rupa nya huduh...terlondek2 doh dari sosej tuu awak. Huhuhu